Advertisement

Gadai Tinjauan Hukum Hadits dan Fikih

Akad Gadai dalam kaca mata Islam

Pengertian akad Gadai

Secara bahasa "Rahn" berarti tetap. Sedangkan menurut pengertian syara’, rahn adalah menjadikan suatu harta sebagai sesuatu yang dapat di jadikan peganggan bagi hutang dan harta tersebut di jadikan sebagai pembayaran hutang ketika penghutang tidak mampu membayarnya.

Rukun-rukun akad Gadai

Rukun gadai ada 4:

1.Barang yang di gadaikan

2.Hutang

3.Dua orang yang berakad

4.Sighot


Syarat barang gadai

1.Barang konkret

2.Barang yang sah di jual


Syarat hutang yang di jadikan objek gadai

1.Berupa hutang

2.Masing-masing pihak mengetahui kadar dan sifat hutang

3.Hutang tersebut tetap

4.Hutang tersebut bersifat lazim atau berubah menjadi lazim dengan sendirinya

Syarat orang yang berakad

1.Mempunyai kebebasan berkehendak

2.Layak melakukan transaksi sosial

Syarat sighot

Syarat sighot gadai adalah syarat sighot jual beli.

وعن ابي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم الظّهر يركب بنفقته اذا كان مرهونا, و لبن الدرّ يشرب بنفقته اذا كان مرهونا, و على الذي يركب و يشرب النفقته راوه البخاري

Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: “Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Tulang belakang haiwan yang digadaikan boleh ditunggangi dengan biaya sendiri dan susu haiwan yang digadaikan boleh diminum atas biaya sendiri. Bagi orang yang menunggang dan meminum susunya wajib membiayai.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari).

Makna Hadith

Hadith ini merupakan salah satu dalil yang mengharuskan gadai. Ia menjelaskan satu hukum yang berkaitan dengan orang yang menerima gadaian haiwan, di mana dia dibolehkan mengendarai dan memerah susunya, tetapi dia diwajibkan memberi nafkahnya. Ini telah disebutkan

Fiqh Hadith

Orang yang menerima gadai haiwan dibolehkan menunggang dan meminum air susunya dengan syarat dia wajib memberi nafkah haiwan itu, tetapi ulama berbeda pendapat dalam masalah ini. Di sini ada tiga pendapat sebagai berikut:

Pertama, memanfaatkan haiwan yang digadaikan hukumnya dibolehkan sebagaimana yang ditegaskan oleh hadith di atas. Inilah pendapat Imam Ahmad, Ishaq dan sekumpulan ulama.

Kedua, memanfaatkan haiwan yang digadaikan hukumnya tidak dibolehkan. Orang yang menggadaikan dan orang yang menerima gadaian tidak dibolehkan mengambil manfa’at ke atas barang yang digadaikan. Inilah pendapat jumhur ulama seperti Imam Malik, Imam al-Syafi’i, Imam Abu Hanifah. Dalil mereka sebagai berikut:

Hadith di atas berbeda dengan qiyas dan oleh kerananya, ia tidak boleh dijadikan sebagai landasan dalam mengambil hukum, kerana tidak boleh mengqiyaskan hukum yang telah ditetapkan oleh nash Tambahan pula hukum syari’at tidak hanya berfokus dalam satu permasalahan.

Hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya menetapkan bahawa tidak boleh memerah susu kambing kecuali pemiliknya atau dengan izinnya, tetapi hadith ini tidak memberikan sebarang kesan dalam masalah ini, kerana ia ditakhsis oleh hadith lain.

Hadith ini dimansukh dan tidak ada lagi dalil dalam masalah ini.

Apa yang dimaksudkan dengan hadith di atas adalah barang gadaian, bukan orang yang menggadaikan atau orang yang menerima gadaian.

Ketiga, memanfaatkan haiwan yang digadaikan hukumnya dibolehkan dengan syarat orang yang menggadaikan tidak boleh mengeluarkan belanja ke atas barang gadaian itu. Inilah pendapat al-Awza’i dan al-Laits.

وعن ابي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: لا يغلق الرهن من صاحبه الذي راهنه, له غنمه, وعليه غرمه. راوه الدّارقطنيّ والحاكم ورجاله ثقاة. إلا أنّ المحفوظ عند ابي داود وغيره ارساله

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Gadai tidak menutup kepemilikan pemiliknya ke atas barang yang digadaikannya. Dia tetap memiliki ke atas hasilnya dan wajib menanggung kerugiannya.” (Diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Hakim. Periwayat hadith ini thiqoh, tetapi kedudukan hadith ini mursal di sisi Abu Dawud dan selainnya).

Makna Hadith

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat jahiliah menutup barang gadaian bagi pemiliknya, di mana mereka tidak menganggap barang gadaian sebagai hak pemiliknya lagi sebaliknya mereka menjadikan gadaian itu menjadi hak milik orang yang menerima gadaian dengan tujuan barang tersebut tidak dikembalikan lagi kepada pemiliknya apabila tidak mampu membayar hutangnya. Islam datang untuk melarang amalan seperti ini. Hadith ini kemudian menegaskan orang yang menerima gadaian berhak memanfaatkan barang gadaian berupa mengendarainya dan memerah air susunya, di samping dia wajib memberi nafkah ke atasnya dan bertanggung jawab ke atas segala risiko barang itu.

Fiqh Hadith

Hadith ini merupakan dalil yang mensyariatkan gadai.

Tidak boleh menutup kemungkinan bagi orang yang menggadaikan barangnya untuk menyerahkan semula barang miliknya apabila dia telah membayar hutang yang menjadi tanggung jawabnya.

Keuntungan dan kerugian menjadi tanggungan orang yang menerima  gadaian barang itu, namun pendapat lain mengatakan bahawa risiko dan keuntungan ditanggung oleh orang yang menggadaikan barangnya sebagaimana pendapat Imam al-Syafi’i dan sekumpulan ulama.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url

Advertisement

Advertisement